Monday 26 December 2016

ALERGI DAN PROSES PENYEMBUHAN(HEALING CRISIS)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terima kasih kepada anda yang mengunjungi blog ini. Syida doakan semoga Allah permudahkan urusan anda sekeluarga dan diberikan kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat.

Alhamdulillah, Syida dan rakan agent lain menerima banyak feedback positif dari customer yang sudah menggunakan produk Mary Jardin. Ramai yang berpuas hati dan menampakkan kesan perubahan pada kulit wajah mereka. Ada yang jatuh cinta setelah berpuluh-puluh produk lain dicuba. Yang bestnya ada dikalangan mereka yang terus berminat nak jadi agent. 

Tapi untuk ini Syida akan bagi pencerahan untuk sebilangan costumer yang mengadu tentang masalah yang mereka hadapi setelah menggunakan produk Mary Jardin.

Ini adalah antara aduan costumer selepas menggunakan produk Mary Jardin.
  • kulit kering
  • Rasa pedih sikit semasa pertama kali guna
  • tak pernah-pernah ada jerawat dia keluar pulak
  • jerawat bertambah
  • naik jerawat kecik-kecik pada wajah 
  • muka jadi kemerah-merahan
Kata produk natural dan organic, kenapa saya pakai jadi masalah camni?

Alamak! 



Ok, first sekali, jangan panik. Gejala yang berlaku ini sebenarnya boleh dikenalpasti sebagai healing crisis. Apa itu healing crisis? Nanti Syida akan huraikan lebih lanjut mengenai healing crisis ni. 


Alergi: Side Effect Yang Jarang-Jarang Orang Dapat

Ingredient dalam produk Mary Jardin adalah sumber bumi yang asli. Ianya natural dan organic serta berkualiti. Walaupun produk Mary Jardin ini chemical free, tak mustahil juga ada orang yang elergi terhadapnya. 

Ada sesetengah orang elergi atau alahan terhadap sesuatu bahan semulajadi dan sumber alam yang lain seperti alergi terhadap makanan laut, telur, susu, kekacang, debunga malah elergi terhadap binatang seperti kucing. Mereka yang menerima alergi ini, badan akan menunjukkan reaksi alergi seperti bersin, batuk, selsema, cirit-birit, gatal, ruam dan lain-lain keadaan.  

Alergi ni kadangkala kita tidak tahu jika kita tidak terdedah terhadap terhadap benda yang mendatangkan elergi itu dan bila cuba baru tahu yang kita ni alergik terhadap sesuatu itu.  

Tapi kebiasaannya orang yang ada alergi or resdung or asthma, lebih cenderung untuk dapat alergi. 
 

Allergy Skin Test




Ada satu ujian untuk kita kenal pasti yang kulit kita alergi atau tidak terhadap sesuatu bahan itu. Sebelum kita gunakan sesuatu produk pada kulit wajah, boleh test dulu pada lengan anda. Macam dalam gambar diatas.  

Letakkan dalam masa 15-30 minit. Kalau ok takde allergy reaction, generally ok. Tapi still possible untuk dapat allergy later, cuma perlu monitor progress.

Allergy atau adaptation process (missnomer healing crisis). Allergy juga ada banyak jenis.
Kalau merah-merah dan kering sikit-sikit tu tak apa, sebabnya body boleh adapt. Tapi kalau dalam tempoh 2 minggu semakin teruk, kena stop dulu, tapi bukan seumur hidup.

Allergy juga ada banyak peringkat. Ada yang kami advise untuk continue dulu guna untuk seminggu then tengok respond.

Tapi, ada orang yang kita suruh STOP SEUMUR HIDUP. Orang yang kita suruh stop seumur hidup adalah orang yang bila dia guna je terus automatic bengkak-bengkak muka atau gatal-gatal satu badan atau bengkak-bengkak bibir. 



Healing Crisis

Untuk masalah berkaitan produk Mary Jardin dari costumer seperti diawal tadi, generally adalah disebabkan healing crisis. 

Dalam bahasa mudah, healing crisis ni adalah reaksi badan untuk sembuh. Contoh bila kita nak rawat kulit, instead of semakin sembuh, kulit jadi bertambah teruk. Orang kata tu cara toksin nak keluar.
Dalam perubatan, biasanya kita panggil Herxheimer reaction. tapi ni lebih spesifik kepada kes ubat makan.

Tempoh healing crisis ini biasanya seminggu hingga dua minggu. Tapi boleh juga jadi beberapa bulan kerana lain badan lain reaksi.

So, kalau kulit setakat pedih or kering sikit2, jerawat bertambah banyak, boleh cuba continue dulu tapi kena monitor progress sebab itu biasanya healing crisis.

healing crisis ni bukan maksudnya heal dari produk sebelum ni. tapi heal dari masalah skin eg sensitive, jerawat etc

Bagi mereka yang menggunakan produk chemical base, mungkin tak mengalami healing crisis ini tetapi kesan kerosakan kulit akan berlaku pada jangka masa panjang. 

Berbeza dengan produk Mary Jardin, produk Mary jardin lebih kepada rawatan dan pencegahan semulajadi kulit.  Berikut adalah testimoni penguna yang mengalami healing crisis pada peringkat awal penggunaan.



Untuk orang yang kulitnya sensitif, dinasihatkan pakai satu persatu. Try sabun beberapa hari, if ok add on Face Oil, then Mask and Serum. Jangan redah pakai semua serentak nanti terkejut kulit. :)

Bila healing crisis ni badan anda dah dapat edapt, kulit anda bolehlah ditegorikan sebagai serasi. 



Tips cara mengatasi /mengurangkan tempoh HEALING CRISIS 

Perlu Untuk Kita Naturalkan Balik Kulit Muka Kita Sebelum Menggunakan Produk Natural :

1. Mula2 Stop Dahulu Semua Pencuci Muka & Cream Hanya Bedak Sahaja Boleh Guna. 

2. Cuci Muka Dengan Bahan Natural Seperti Hampas Teh & Rehatkan Muka Selama Seminggu.

Tujuanya :
*Supaya Tidak Bercampur Product
*Supaya Hilang Kesan Product Lama
*Suapaya Tidak Berlaku Healing Crisis Yang Teruk
*Supaya Muka Kita Mudah Serasi Dengan Skin Care Mary Jardin

Cara pengunaan yang betul juga akan memberikan hasil yang terbaik.. 

Jika ada sebarang masalah bila guna MJ boleh bertanya Syida ye. Kalau Syida tak boleh jawab, nanti anda akan dirujuk kepada pakar kecantikan bertauliah. Di MJ kita ada hire khidmat esthethic doc yang boleh kita review bila costumer perlukan online consultation. MJ bayar khidmat ni, jadi terhad untuk pelanggan yang benar-benar bermasalah sahaja.


Dr. Hazwani Raffar, Mary Jardin’s Estethic Doctor
 
 

9 comments:

  1. salam kak syida.. saya pakai MJ dah hampir sebulan. pastu timbul jerawat pasir atas dahi dan gatal jerawat tu. sebelum MJ sy pakai produk natural jugak.saya dah kurgkan penggunaan sabun dan FO sekali sehari, adakah saya tgh mengalami healing crisis??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Nur Syahira. Ok, untuk mereka yang ada perubahan Negative/ healing crisis / Allergic symptom lepas guna Mary Jardin, follow general advice.

      1) Stop semua jenis product samada MJ or X.

      2) Observer utk 2-3 hari, hingga sekurang2nya semakin pulih

      3) Then start pakai 1 per 1 dahulu, jangan pakai semua serentak. Contoh, start dgn Soap dulu untuk 2-3 hari, kalau:
      3
      a) jadi teruk semula, maksudnya dia tak serasi dgn Soap.

      b) TAK jadi teruk semula then add on Face oil setitik dua (2-3 kali guna sehari, kalau lepas guna Face Oil jadi teruk semula, maksudnya dia tak serasi dengan Face Oil.

      Cara menggunakan produk MJ

      1) Sabun tak dibiarkan lama dan kering dimuka, bilas terus after seketika sbb kalau biarkan kering, tak semua jenis kulit dapat tahan kekeringan.

      2) tangan dibasuh sebelum guna Face Oil untuk elak contamination.

      3) Elakkan mucung kaca penyedut Face Oil tu bersentuhan dengan kulit samada kulit muka or kulit tapak tangan. Sbb nak elak contamination (kemasukan kuman)

      4) Clay Mask tak disimpan dalam toilet atau tempat lembap untuk elak pertumbuhan kulat/fungi

      5) Boleh bancuh clay mask dengan air biasa, susu, madu, cuka dan lain2 lg, tapi kalau dah letak cuka tu banyak, memang pedih dan merah laa muka, tambah plak kalau kulit tu memamg jenis sensitive. So, pilih lah campuran yg sesuai dgn kulit

      Untuk masalah jerawat atau jeragat.

      1) Stop FO sehingga jerawat/jeragat hilang

      2) Gunakan soap sahaja, cuci dgn soap setiap kali nak berwudhu'. Tp jangan biarkan soap kering di muka.
      Terus bilas n berwudhu.

      3) Lap muka dgn Tisu/ Microfiber Towel.

      4) Jangan letak apa2 product/ foundation, xkesah lah MJ ke atau apa2 brand.

      5) Cuba amalkan minum air masak 2 gelas setiap kali lepas wudhu'.

      6) Tingkatkan pengambilan serat atau Vit C spt buah oren, soya or any buah2an utk 2 minggu ni.

      7) Lepas 2 minggu, tengok perubahan (semakin baik or x), if dh sembuh spt sediakala, baru try apply FO setitik skali pakai (make sure basuh n keringkan tangan sblum pakai FO), 2-3 kali sehari.

      If dlm tempoh 3 hari lepas pakai FO tu naik semula jerawat/jeragat, maksudnya dia memang ada alahan dgn mana2 natural/organic oil dlm Face Oil tu, dgn kata lain, dia memang xleh pakai FO.

      Lastly, banyakkan berdoa & zikir sbb ketenangan dalaman mempengaruhi kitaran hormon badan yang menyumbang kepada jerawat/jeragat.

      Wallahu A'lam.

      Delete
  2. Assalam kak syida.. saya pelajar form3 n ada mslh muka yg agak teruk jugklah. Dari form1 saya naik bnyk jerawat and jerawat2 tu smua tingglkn parut smpai ke harini.sy pkai mary jardin dh almost 2 bulan.. mula2 rasa mcm ok kulit tk berminyak or else. Tpi lama2 kulit start berminyak bila kat skolah.jerawat pasir pun naik sikit2 and muka nmpk kusam je. Bila letak bedk bru nmpk fresh. Adakah saya ni tk sesuai dngn mary jardin atau tngh mengalami healing crisis? And prut2 jrawat lama mmg amik masa brapa lama untk pudar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis Sugar Jinnie boleh juga ikut panduan seperti komen kak diatas. lain2 untuk masalah sis ni, kak cadangkan stop sementara cuci muka menggunakan facial soap sebab ia akan menyebabkan kulit bertambah kering dan menghasilkan lebih banyak sebun(minyak semulajadi kulit). gunakan faceoil sahaja untuk kecutkan/rawat jerawat. bila kulit dah normal baru gunakan facial soap.

      Delete
  3. Salam kak. Sy bru start pakai mj dlm 2 mnggu. Sy ad masalah jerawat sebelum ni,tp da semakin berkurang sblum guna mj.dlm masa 2 mnggu sy guna ni,segala jenisjerawat naik balik kt muka sy ni terutamanya jerawat pasir. Macam mana ye akak?sgt2 perlukan pertolongan akak sebab dh mcm down bila muka berjerawat balik.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. kalau macam jerawat nasi biasanya healing crisis. symptom untuk toxin keluar dari kulit. kak suggest teruskan guna dan observe keadaan kulit. tapi sebelum tu nak kenal pasti jenis kulit. guna face oil 2-3 titik untuk kulit kering dan 1 titik untuk kulit berminyak. sabun guna sekali sehari. lakukan hingga kulit kembali normal atau serasi. boleh whatapp kak untuk pertanyaan. 01139259204 :)

      Delete
  4. Assalamualaikum...

    Kak syida saya nak tanya..selepas saya pakai MJ Clay Mask..kulit muka mengelupas..lepas tu dah okey..timbul plak jerawat batu...normal atau tidak..tapi parut hitam jerawat yang lama makin pudar la..saya baru pakai MJ dlm 3 minggu mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam sis.

      Jerawat ni banyak punca boleh terjadi dan ia adalah normal. kalau berkaitan produk mungkin juga berpunca dari cara penggunaan. seperti claymask atau facial soap perlu bersih wajah hingga hilang semua sisa dan jangan biarkan terlalu lama pada wajah. sebab kita tak nak kulit jadi lebih kering. kulit kering akan hasilkan banyak minyak sebun dan ia juga boleh menyebabkan jerawat. syida juga suggest gunakan face oil untuk balancekan mositure kulit dan merawat masalah jerawat. :)

      Delete
  5. Salam Sis,

    Saya baru start guna MJ dalam 2 minggu dan jerawat naik banyak dekat muka. First time guna saya dah apply facial soap, face oil and within 1 week sekali saya apply claymask.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Komen.. :)