Sunday 27 November 2016

PENJELASAN MENGENAI SERUM MARY JARDIN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu, Syida ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang mengunjugi blog ini, semoga anda dan keluarga dilimpahi rahmat Allah, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan. 

Sebelum tu Syida nak bagitau yang Serum ni kita dah tukar botol dia..tapi kandungan tetap sama. Nampak lebih comel dan seksi gitew kan..  :)



Sebab ramai yang berminat dan bertanya pasal Serum ni, disini Syida akan beri penjelasan tambahan mengenainya.. 


Pengawet Dalam Serum



Sebelum tu Syida nak bagitahu yang Serum ni berbentuk liquid dan ada water base. Ianya berbeza dengan satu lagi produk Mary Jardin iaitu Face Oil. Face Oil tu Mix 100% pure original oil. Jadi ia bukan water base. 

Berbalik pada serum ni, bila ada air, akan hadirlah kulat dan bakteria. Itulah sebabnya serum ni perlukan preservative atau pengawet. Pengawet ni satu2nya bahan chemical yang ada dalam produk Mary Jardin. 

Tapi, tak perlu dirisaukan pun.. Dalam serum, preservative yang digunakan adalah antara yang paling selamat dikalangan ratusan preservative lain.

Sebab tu juga kita tak mention serum ni sebagai produk natural dan organik. 



Apa tu Sunblock SPF30?

Satu yang Special pasal serum ni siap ada sunblock spf30. Jadi, bila pakai serum ni dah tak perlu pakai sunblock lagi.. best kan?

Spf30 tu apa? SPF tu singkatan Sun Protection Factor. Spf30 pula boleh difahami seperti ini.. 

Anda bayangkan, lapisan kulit tanpa perlindungan apabila didedahkan pada matahari akan mula terbakar selepas 10 minit. Jika gunakan serum spf30 ni bermaksud kita lindungi kulit kita sebanyak 30 kali atau bermakna 300 minit sebelum mula terbakar.



Serum ini juga akan memberi perlindungan sehingga 97% dari sinar UVB matahari. Ianya akan menghalang UVB yang menyebabkan kerosakan pada lapisan Epidermis. 


Kolegen Dalam Serum

Secara pengetahuan, badan kita menghasilkan kolegen secara semulajadi tetapi production dia semakin menurun saban tahun terutama selepas umur 30 tahun ke atas..(alamak!  Syida pun dah 31 tahun). 

Ini sebenarnya adalah normal (takkan tak tua2 kan).. tapi dengan bantuan serum ni sebenarnya akan membantu badan untuk membina kolagen secara semulajadi dan awet muda.

Kolegen akan mengisi ruangan pada garis halus dan kedutan. Menampakkan kulit anda muda dan anjal.
Ianya juga membantu lapisan epidermis kulit untuk mengekalkan kelembapan (moisture adalah asas kecantikan kulit )

Molekul kolegen yang besar tidak dapat diserap ( tapi dah ada fungsi sebagai filler) namun akan menjadi stimulator (peransang) pembuatan kolagen oleh permukaan kulit.

Sebenarnya serum collagen ni memang dah lama digunakan oleh high-end skincare products. Tapi harga dia pun high-end la jugak kan.. Tapi di Mary Jardin harga adalah mampu milik dengan kualiti terjamin serta keistimewaan lain yang Syida huraikan seperti diatas.

Untuk lebih maklumat tentang bahan lain dalam serum boleh rujuk di bahagian produk pada menu bar atau klik DISINI.

Thursday 17 November 2016

CARA MENGGUNAKAN SABUN, FACE OIL, CLAY MASK & SERUM MARY JARDIN


STEP 1:

Sabun tu boleh cuci muka mcm biasa..guna 2 kali sehari. Kalau rasa kering, basuh muka sekali sehari pun boleh, lepas balik kerja, dah kan kotoran macam-macam, basuh muka. Then pakai face oil. Pagi esok bangun, basuh dengan air suam atau air biasa je.


STEP 2:

Face oil pakai 2 kali sehari. Gunakan selepas mencuci muka sebagai pelembap. Titis dalam 3 titis mcm tu dan sapu seluruh muka.Lepas apply tak perlu basuh pun takpe sebab dia terus absorb, tak berminyak.

Lepas apply tak payah wash off kecuali jika nak buat sebagai cleanser boleh wash off.

Face Oil boleh juga digunakan sebagai makeup remover atau moisturizer. Caranya. Titiskan di cotton pad kemudian sapu di muka untuk tanggalkan makeup dan juga boleh melembapkan kulit!

* Cara guna Face Oil sebagai pore cleanser

Sapukan faceoil kat muka, urut lembut bahagian yang nak tanggalkan kotoran especially T zone ataupun zon berminyak yang terdapat banyak whitehead, blackhead. Tak perlu gosok kasar-kasar atau picit sebab kotoran dalam pori akan larut dalam face oil.

Selepas gosok-gosok nanti akan rasa tangan kita berpasir sebab whitehead, blackhead telah pun keluar! Yey!

Selepas tu wipe off dengan towel basah suam. dan cuci dgn sabun MJ. Apply kan juga faceoil utk moisturiser dan Serum MaryJardin yang mempunyai 30spf.


STEP 3:

Clay mask hanya perlu guna seminggu sekali atau 2 kali sahaja. Pakai 15 minit baru wash off.

Caranya, biar dalam 15 minit bila dia start kering, buang dan kemudian cuci muka.

Jangan biar sampai kering sangat sebab nanti dia akan start absorb moisture dari kulit, nanti kulit pula jadi kering. Hihi :)


Apa yang best Clay Mask ni?

Yang best nya kite boleh campur clay mask kite dengan bahan-bahan yang kita memang tahu elok dan berkhasiat untuk kulit kite. Contohnya boleh campur susu, madu, air, apple cider vinegar ataupun teh. So, boleh la tukar-tukar minggu ni campur madu, minggu depan campur lain pula. Ikut keselesaan. :)


TEKNIK FACE STEAMING

Teknik ni diajar dalam group agent MJ. Syida dah cuba amalkan, memang sangat berkesan membuang blackheads dan whitheads. Teknik ni boleh dipraktikkan seminggu sekali. Anda boleh follow Step dalam gambar dibawah.





Ok, setakat ni sahaja penerangan cara penggunaan produk MJ ni.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh whatsapp Syida ye.. 011-392 592 04.


Selamat mencuba :)

Monday 7 November 2016

CARA-CARA MERAWAT KULIT YANG TERKENA 'SUNBURN'


Kulit manusia mampu untuk pulih sendiri, Sunburn tahap 1 biasanya akan pulih dalam masa 2-6 hari. Untuk membantu kulit anda pulih dan mengurangkan rasa tidak selesa, boleh ikut tip-tip kat bawah ni:

1. Gunakan losyen yang mengandungi lidah buaya (aloe vera). Lidah buaya meringankan rasa perit pada kulit dan membantu kulit menghasilkan sel kulit yang baru.

2. Gunakan krim hydrocortisone. Ini dapat mengurangkan radang kulit dan rasa gatal-gatal.

3. Gunakan yogurt. Yogurt yang tidak bercapur dengan apa-apa perisa (plain yogurt) membantu melembapkan kulit yang terkena sunburn.

4. Gunakan cuka. Tuangkan cuka putih atau cuka epal ke atas kertas tisu kemudian lekatkan pada bahagian kulit yang terkena sunburn. Ianya dapat menghilangkan rasa perit.

5. Gunakan teh hitam atau teh hijau. Teh hitam atau teh hijau mengandungi tannins dan bahan lain yang dapat mengurangkan bengkak pada kulit atau rasa pedih akibat sunburn.

6. Gunakan timun dan kentang. Potongan timun dan kentang dapat menyejukkan kulit dan meredakan rasa sakit, perit, gatal-gatal dan bengkak.

7. Gunakan serbuk penaik (baking soda). Campurkan baking soda dengan cuka lali sapukan di kulit yang terkena sunburn dan biarkan semalaman.

8. Gunakan oatmeat. Jika bahagian kulit yang terkena sunburn luas, kisar satu mangkuk oatmeal, tuangkan dalam baldi dan kemudian gunakannya untuk mandi.

Nak cara mudah? guna Clay Mask..Dalam Clay Mask Mary Jardin ada bentonite clay, french green clay, oat, activated charcoal,zinc oxice, papaya extract dan lavender buds yang membantu menyerap toksin kulit dan berfungsi antibakteria!

Penggunaan yang berterusan akan menjadikan kulit anda lebih licin, cerah dan lebih bersih. Nampak flawless dan glowing gitew!

Jom cuba Clay Mask Mary Jardin :)

Saturday 5 November 2016

RINGKASAN PRODUK MARY JARDIN


Untuk permulaan, kami di Mary Jardin mengeluarkan 4 jenis produk yang memenuhi keperluan setiap wanita. Produk tersebut adalah Facial Soap, Face Oil, Detox Clay Mask dan Serum. Untuk keterangan lanjut mengenai produk, anda boleh klik pada menu bar diatas..

berikut adalah ringkasan produk berkenaan.

 

1) FACIAL SOAP


Facial Soap ni special dihasilkan secara tradisional menggunakan fresh ingredients. Facial soap homemade by Doktor Bertauliah. Mengandungi 100% Pure susu kambing! Tak ada campuran air langsung. Sebab tu bila pakai lembapnya kulit. Mengandungi oat untuk buang sel kulit mati dan zink oxide untuk merawat masalah keradangan kulit. 

Sesuai untuk melembapkan kulit, memudarkan parut jerawat, Mencerahkan dan merawat kulit dari dalam agar sihat bersih tanpa cela. Yang penting bebas pengawet dan bahan kimia. Detail
 



2) FACE OIL


Face Oil Mary Jardin berfungsi melembabkan kulit yang kering dan juga mengurangkan minyak untuk kulit berminyak. Jadi korang takyah confuse fikir kulit muka aku ni type kering ke berminyak sebenarnya. Pakai je face oil Mary Jardin. Dua2 jenis kulit pun boleh.

Face oil mary jardin menggunakan minyak-minyak yang tidak menyumbatkan pori dan ia meresap ke dalam kulit. Ia juga masuk ke dalam pori untuk menggumpulkan kotoran dan bila kita basuh muka nanti face oil akan bawa keluar kotoran-kotoran tu dari pori.

Maka pori jadi bersih, tak tersumbat lagi. Tiada lagi blackhead, tiada lagi whitehead, tiada lagi jerawat.

Face oil Mary Jardin boleh digunakan sebagai moisturizer & cleanser dan makeup remover. 3 in 1 gitu. Detail




3) DETOX CLAY MASK  
 


Detox Clay Mask ni ada French green clay.Bio mineral yang bertindak seperti magnet. Apabila di sapu di kulit ia akan melekat kepada molekul toksin dan mengeluarkan toksin semasa cucian.

Claymask ni salah satu fungsi dia untuk detoks kulit. Dia akan menyedut toksin2 melalui kulit. Jadi siapa yang selalu pakai mekap atau skincare yang banyak bahan kimia boleh lah buat detox treatment kat kulit dengan pakai mask MJ seminggu sekali. Detail




4) SERUM


 Serum Mary Jardin berfungsi untuk baiki kulit dan bertindak sebagai sunblock, ada SPF 30.
 

Serum Kolagen sesuai untuk kulit masalah jerawat dan jeragat. Salah satu punca jeragat kerana terdedah kepada cahaya matahri tanpa menggunakan sunblock.

Masalah jeragat boleh diatasi dengan penggunaan serum collagen yang mengandungi arbutin,vitamin C dan licorise. Dalam serum ni kita gunakan Salmon collagen yang menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi untuk membantu kulit lebih sihat .

Tak perlu pakai sunblock berkrim dan berminyak yang boleh menyebabkan liang pori tersumbat.Spray-spray saja gitu .Botol pula sangat cantik dan memang ekslusif. Detail

BAHAYA PRODUK KIMIA PADA KULIT WAJAH



Penggunaan produk yang diformulasi dengan bahan kimia dalam produk skincare dan kosmetik banyak mendatangkan kesan sampingan.

Terdapat banyak kes muka menggerutu, hodoh dan macam ada kesan terbakar pada kulit bila menggunakan produk 'putih ekspress' ni..

Kenapa? Sebab bahan kimia dari skincare express ni dah 'membakar' lapisan kulit kita.

Secara halusnya bermaksud kulit kita mengalami penghakisan. Kulit nampak cantik tapi tak boleh terdedah pada sunlight. Kesian kan?.

Takde jerawat sebab part of the skin dah rosak akibat merkuri atau logam berat dari skincare tu.

Huuu, seram!! Bila dah tua naik jeragat pulak. Kos laser bukan murah, makan beribu ringgit..

So kawan2, please fikir 2x bila tengok iklan untuk muka cantik ni ye.
Pilih yg natural dan organik dari bahan yang terbukti mesra kulit. Kulit kita ni bukan sekejap je nak pakai, it will represent us for a very long time. 

Oleh itu, kami di Mary Jardin berusaha memberikan kesedaran tentang pentingnya kepada pengguna untuk beralih kepada produk kecantikan berasaskan natural dan organik. 

Diformulasikan oleh Dr. Maryam Aziz, seorang doktor perubatan yg pernah bertugas di Jabatan Dermatologi, Mary Jardin menyajikan produk kecantikan dengan kualiti premium dan suci, bersih bebas dari bahan-bahan kimia yang merbahaya. 

Produk kami dipastikan mutu berasaskan bahan premium 100% setanding kualiti produk natural luar negara.

Make sure you take a very good care of it! Because MaryJardin loves your beautiful skin as much as you do.

Wednesday 2 November 2016

SALAM PERKENALAN


Assalamualaikum, Saya mendoakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat.
 

Blog ini akan berkongsi bersama anda khususnya kaum wanita berkenaan produk kecantikan berasaskan bahan natural dan organik serta peluang menjana pendapatan.

Wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Sebab itulah juga wanita sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk mendapatkan kulit wajah yang sempurna. Yang membimbangkan, ada dikalangan pengguna tidak menitik beratkan soal kandungan sesuatu produk itu sama ada ianya selamat digunakan atau tidak. Lebih malang lagi jika produk yang digunakan itu tiruan kerana bakal menyulitkan pengguna yang teraniaya mendapatkan pembelaan.

Sebenarnya, produk-produk yang berasaskan natural dan organik telah lama berkembang pesat di pasaran negara maju seperti US dan UK. Mereka lebih cenderung memilih produk kecantikan berasaskan natural dan organik kerana menyedari kebaikan produk berkenaan tanpa risiko kesihatan.

Di Malaysia penggunaannya masih belum meluas dan kebanyakkan produk natural luar negara yang berada di pasaran adalah sangat mahal dan ini juga mendorong ramai pengguna untuk memilih produk yang diformulasi dengan bahan kimia bagi mendapatkan kesan yang cepat dan murah.

Kami di Mary Jardin berusaha memberikan kesedaran tentang pentingnya kepada pengguna untuk beralih kepada produk kecantikan berasaskan natural dan organik. Dengan kualiti premium dan suci, bersih bebas dari bahan-bahan kimia yang merbahaya. Produk kami dipastikan mutu berasaskan bahan premium 100% setanding kualiti produk natural luar negara.

Mary Jardin adalah jenama skincare yang pertama seumpanya di Malaysia ini diasaskan oleh seorang doktor perubatan yang berpengalaman dalam bidang dermatologi. Dengan harga mampu milik dan diharapkan menjadikannya fenomena terbaru dan mendapat tempat dihati rakyat Malaysia.


Bersambung..