Thursday, 17 November 2016
CARA MENGGUNAKAN SABUN, FACE OIL, CLAY MASK & SERUM MARY JARDIN
STEP 1:
Sabun tu boleh cuci muka mcm biasa..guna 2 kali sehari. Kalau rasa kering, basuh muka sekali sehari pun boleh, lepas balik kerja, dah kan kotoran macam-macam, basuh muka. Then pakai face oil. Pagi esok bangun, basuh dengan air suam atau air biasa je.
STEP 2:
Face oil pakai 2 kali sehari. Gunakan selepas mencuci muka sebagai pelembap. Titis dalam 3 titis mcm tu dan sapu seluruh muka.Lepas apply tak perlu basuh pun takpe sebab dia terus absorb, tak berminyak.
Lepas apply tak payah wash off kecuali jika nak buat sebagai cleanser boleh wash off.
Face Oil boleh juga digunakan sebagai makeup remover atau moisturizer. Caranya. Titiskan di cotton pad kemudian sapu di muka untuk tanggalkan makeup dan juga boleh melembapkan kulit!
* Cara guna Face Oil sebagai pore cleanser
Sapukan faceoil kat muka, urut lembut bahagian yang nak tanggalkan kotoran especially T zone ataupun zon berminyak yang terdapat banyak whitehead, blackhead. Tak perlu gosok kasar-kasar atau picit sebab kotoran dalam pori akan larut dalam face oil.
Selepas gosok-gosok nanti akan rasa tangan kita berpasir sebab whitehead, blackhead telah pun keluar! Yey!
Selepas tu wipe off dengan towel basah suam. dan cuci dgn sabun MJ. Apply kan juga faceoil utk moisturiser dan Serum MaryJardin yang mempunyai 30spf.
STEP 3:
Clay mask hanya perlu guna seminggu sekali atau 2 kali sahaja. Pakai 15 minit baru wash off.
Caranya, biar dalam 15 minit bila dia start kering, buang dan kemudian cuci muka.
Jangan biar sampai kering sangat sebab nanti dia akan start absorb moisture dari kulit, nanti kulit pula jadi kering. Hihi :)
Apa yang best Clay Mask ni?
Yang best nya kite boleh campur clay mask kite dengan bahan-bahan yang kita memang tahu elok dan berkhasiat untuk kulit kite. Contohnya boleh campur susu, madu, air, apple cider vinegar ataupun teh. So, boleh la tukar-tukar minggu ni campur madu, minggu depan campur lain pula. Ikut keselesaan. :)
TEKNIK FACE STEAMING
Teknik ni diajar dalam group agent MJ. Syida dah cuba amalkan, memang sangat berkesan membuang blackheads dan whitheads. Teknik ni boleh dipraktikkan seminggu sekali. Anda boleh follow Step dalam gambar dibawah.
Ok, setakat ni sahaja penerangan cara penggunaan produk MJ ni.
Jika ada sebarang pertanyaan boleh whatsapp Syida ye.. 011-392 592 04.
Selamat mencuba :)
Sebelum pakai Clay mask perlu cuci muka dgn sabun atau tidak?
ReplyDeleteTak perlu sis. Cuci muka dengan sabun selepas pakai clay mask. Untuk cuci muka menggunakan sabun, tidak digalakkan lebih dari 2 kali sehari untuk elakkan kulit jadi terlalu kering.
Deletekalau nak cuba produk ni, saya perlu stop produk sekarang dulu ke?
ReplyDeleteKalau kulit x sensitive blh je pakai terus. No need to rest.
DeleteAs Salam...seeloknye waktu bile cuci muka dgn sabun? Bangun pg atau cuci muka bile balik kerja or waktu malam sblm tidur?
ReplyDeleteWassalam Sis Nurfaziana. Sabun tu ikut keperluan. kalau rasa muka terlalu kotor atau selepas pakai claymask pun boleh guna. tapi tidak digalakkan terlalu kerap. Daily, Syida biasanya guna 2 kali, sebelum mandi pagi dan selepas balik kerja. malam sebelum tidur Syida dah tak cuci lagi pakai sabun.
DeleteSebelum pkai bedak, pakai serum kemudian face oil @ sebaliknya !
ReplyDeleteSerum > faceoil > bedak
DeleteNak tnye, lps cuci mukanelok spu face oil kan? Slpsnye tu klau sy apply any makeup ok ke? Pori tersumbat ke cmne sbb dh ade oil lapisan pertama tu.,
ReplyDeleteXde masalah.. boleh apply bedak, foundation or makeup.
DeleteSerum boleh pakai pada waktu siang dan malam ke..??
ReplyDeleteBoleh sis Fauzah. :)
DeleteProduk MJ ni sesuai ke utk hilangkan jeragat degil
ReplyDeleteUntuk masalah jeragat ida suggest collagen serum. Boleh whatsapp ida untuk maklumat lanjut. :)
DeleteSalam nk tnya. Klau baru first time nk guna basic set. Boleh ke hari first saya guna detox clay mask dlu. Then cuci muka pakai sabun n put face oil. Ok ke? Ke kena guna sabun n face oil je dlu?
ReplyDeleteBoleh. Tak ada masalah. Tapi ida suggest guna satu2. Jangan serentak. Takut kulit terkejut. :)
DeleteNak tanya, sebaiknya turutan cara penggunaan mula pakai yg mana? Sebab saya beli full set.. Tapi x tau cara turutan yg betul.
ReplyDeleteUntuk penggunaan Fullset boleh follow step dibawah ni sis Husna. :)
DeleteCARA PENGGUNAAN FULL SET MARY JARDIN
FACIAL SOAP
• Basuh muka dengan Facial Soap 2x sehari
• Untuk penjimatan, potong Facial Soap kepada beberapa bahagian kecil. Elakkan Facial Soap terendam dalam air.
COLLAGEN SERUM
• Picit Serum perlahan2 atas jari. Sedikit sudah memadai. Bahagikan kepada beberapa kawasan di muka. Dan sapu sekata.
• Serum sangat cepat meresap. Jadi, perlu cepat apply di wajah.
• Tunggu sekurang2nya 1 minit. Biar serum meresap sempurna dan kemudian apply Face Oil.
FACE OIL
• Titis 2 titis Face Oil ke tapak tangan, gosok sehingga panas dan dap sahaja ke muka. (Dap-tempek)
• 2x sehari selepas basuh muka dengan Facial Soap.
• Boleh juga campur dengan foundation
Boleh juga sebelum pakai compact powder.
CLAY MASK
• Bancuh sesudu Clay Mask dengan air biasa, dan sapu ke muka.
• Biarkan selama 10-15 minit (bergantung kepada ketebalan mask)
• Jangan biar terlalu kering.
• Seminggu 1x sahaja.
• Selepas pakai Clay Mask, akan ada kesan hitam dimuka. Jangan risau. Ia hanya sementara. Basuh muka dengan Facial Soap, bilas dan urut lembut wajah anda dengan Face Oil.
Untuk kulit berminyak;
• Pakai serum sahaja waktu siang sudah memadai.
• Pakai Face Oil waktu malam insyaAllah kelembapan akan terpelihara.
Nota Penting:
• Kenapa apply serum dulu baru face oil?
• Kerana serum adalah water- based. Meresap jauh ke dalam lapisan kulit. Face Oil oil-based. Akan trap kelembapan supaya kulit kekal lembap sepanjang hari.
We help you to get a healthy skin. Be healthy. Be confident.
Kak syida , face oil dengan toner mana elok lagi ?
ReplyDeleteboleh apply dua2. kulit jenis kering sesuai apply toner. kalau kulit normal bagi kak syida tak perlu toner, cukup face oil sahaja. tapi kena hati-hati pilih toner yang sesuai, kalau boleh yang natural dan organik juga. contohnya toner Ronasutra/Aqua etc. :)
Deletesalam, kalau guna face oil tu. before tu boleh guna toner tak?
ReplyDeletewassalam. boleh sis, guna toner sebelum face oil. :)
DeleteMohon share ye sis =)
ReplyDeleteBoleh, Silakan sis. :)
Deletesalam,sy ad try face oil lepas cuci muka..tp,byk muncul jerawat pasir yg putih2..sy baru try dua hari..tu memg effect dia ke?
ReplyDeletewaalaikumussalam sis Ruziatul. rasanya tu whitehead. kalau mcm timbul jerawat nasi kecik2 camtu dia healing crisis. cara kulit keluarkan toxin dari badan. continue guna insyaAllah akan hilang dan kulit makin pulih.
DeleteTerima kasih ye..sy try smbung guna dlu dan tgok effect dia nnt..
Deletesama2. ok. insyaAllah semoga produk MJ dapat selesaikan masalah sis. :)
DeleteAssalamualaikum.. sy nk tny.. klu pakai cream lps face oil boleh ke??
ReplyDeletewaalaikumussalam sis. sebenarnya tak kita tak galakkan pakai cream sebab ia akan menyumbat pori. jika apply foundation atau make up tak ada masalah. :)
DeleteKiranya cc cream pun tak digalakkan ye?
Deletecc cream yang jenis macam light foundation boleh je nak add on. Contoh cc cream jenama Mary Kay. Boleh apply on top of face oil. Tapi make sure bersihkan bebetul. Pakai makeup remover lagi baik. :)
Deleteas salam sis...macam mana ya kalau terbalik urutan..saya pakai face oil baru serum?tak ada apa2 ke.
ReplyDeleteterima kasih
waalaikumussalam sis Ainnie. tak ada masalah. Ada juga type of skin yang tak boleh apply serum dulu. in case boleh apply faceoil first. kesan nya sama saja.
Deletesama-sama. :)
kalau untuk beginner yang belum pernah try lagi produk MJ ni , elok start dengan produk mana dulu?
ReplyDeleteBoleh cuba mana-mana MJ. Untuk beli set syida tak galakkan guna serentak. Syida suggest guna satu-satu dalam beza masa seminggu. biasanya cuba face oil dahulu kemudian facial soap dan claymask serta serum. Ini untuk elak kulit kita terkejut dan beri reaksi tidak baik. Jika dah serasi boleh apply semua sekali. :)
Delete