Terlebih dahulu, Syida ucapkan ribuan
terima kasih kepada anda yang mengunjugi blog ini, semoga anda dan keluarga dilimpahi rahmat
Allah, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan.
Sebelum tu Syida nak bagitau yang Serum ni kita dah tukar
botol dia..tapi kandungan tetap sama. Nampak lebih comel dan seksi gitew kan.. :)
Sebab ramai yang berminat dan bertanya pasal Serum ni, disini
Syida akan beri penjelasan tambahan mengenainya..
Pengawet Dalam Serum
Sebelum tu Syida nak bagitahu yang Serum ni berbentuk liquid
dan ada water base. Ianya berbeza dengan satu lagi produk Mary Jardin iaitu Face
Oil. Face Oil tu Mix 100% pure original oil. Jadi ia bukan water base.
Berbalik pada serum ni, bila ada air, akan hadirlah kulat
dan bakteria. Itulah sebabnya serum ni perlukan preservative atau pengawet. Pengawet
ni satu2nya bahan chemical yang ada dalam produk Mary Jardin.
Tapi, tak perlu dirisaukan pun.. Dalam serum, preservative
yang digunakan adalah antara yang paling selamat dikalangan ratusan preservative
lain.
Sebab tu juga kita tak mention serum ni sebagai produk natural
dan organik.
Apa tu Sunblock SPF30?
Satu yang Special pasal serum ni siap ada sunblock spf30. Jadi,
bila pakai serum ni dah tak perlu pakai sunblock lagi.. best kan?
Spf30 tu apa? SPF tu singkatan Sun Protection Factor. Spf30 pula
boleh difahami seperti ini..
Anda bayangkan, lapisan kulit tanpa perlindungan apabila
didedahkan pada matahari akan mula terbakar selepas 10 minit. Jika gunakan serum
spf30 ni bermaksud kita lindungi kulit kita sebanyak 30 kali atau bermakna 300
minit sebelum mula terbakar.
Serum ini juga akan memberi perlindungan sehingga 97% dari
sinar UVB matahari. Ianya akan menghalang UVB yang menyebabkan kerosakan pada
lapisan Epidermis.
Kolegen Dalam Serum
Secara pengetahuan, badan kita menghasilkan kolegen secara
semulajadi tetapi production dia semakin menurun saban tahun terutama selepas
umur 30 tahun ke atas..(alamak! Syida
pun dah 31 tahun).
Ini sebenarnya adalah normal (takkan tak tua2 kan).. tapi
dengan bantuan serum ni sebenarnya akan membantu badan untuk membina kolagen
secara semulajadi dan awet muda.
Kolegen akan mengisi ruangan pada garis halus dan kedutan.
Menampakkan kulit anda muda dan anjal.
Ianya juga membantu lapisan epidermis kulit untuk mengekalkan
kelembapan (moisture adalah asas kecantikan kulit )
Molekul kolegen yang besar tidak dapat diserap ( tapi dah
ada fungsi sebagai filler) namun akan menjadi stimulator (peransang) pembuatan
kolagen oleh permukaan kulit.
Sebenarnya serum collagen ni memang dah lama digunakan oleh
high-end skincare products. Tapi harga dia pun high-end la jugak kan.. Tapi di
Mary Jardin harga adalah mampu milik dengan kualiti terjamin serta keistimewaan
lain yang Syida huraikan seperti diatas.
Untuk lebih maklumat tentang bahan lain dalam serum boleh
rujuk di bahagian produk pada menu bar atau klik DISINI.