Sunday 27 November 2016

PENJELASAN MENGENAI SERUM MARY JARDIN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu, Syida ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang mengunjugi blog ini, semoga anda dan keluarga dilimpahi rahmat Allah, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan. 

Sebelum tu Syida nak bagitau yang Serum ni kita dah tukar botol dia..tapi kandungan tetap sama. Nampak lebih comel dan seksi gitew kan..  :)



Sebab ramai yang berminat dan bertanya pasal Serum ni, disini Syida akan beri penjelasan tambahan mengenainya.. 


Pengawet Dalam Serum



Sebelum tu Syida nak bagitahu yang Serum ni berbentuk liquid dan ada water base. Ianya berbeza dengan satu lagi produk Mary Jardin iaitu Face Oil. Face Oil tu Mix 100% pure original oil. Jadi ia bukan water base. 

Berbalik pada serum ni, bila ada air, akan hadirlah kulat dan bakteria. Itulah sebabnya serum ni perlukan preservative atau pengawet. Pengawet ni satu2nya bahan chemical yang ada dalam produk Mary Jardin. 

Tapi, tak perlu dirisaukan pun.. Dalam serum, preservative yang digunakan adalah antara yang paling selamat dikalangan ratusan preservative lain.

Sebab tu juga kita tak mention serum ni sebagai produk natural dan organik. 



Apa tu Sunblock SPF30?

Satu yang Special pasal serum ni siap ada sunblock spf30. Jadi, bila pakai serum ni dah tak perlu pakai sunblock lagi.. best kan?

Spf30 tu apa? SPF tu singkatan Sun Protection Factor. Spf30 pula boleh difahami seperti ini.. 

Anda bayangkan, lapisan kulit tanpa perlindungan apabila didedahkan pada matahari akan mula terbakar selepas 10 minit. Jika gunakan serum spf30 ni bermaksud kita lindungi kulit kita sebanyak 30 kali atau bermakna 300 minit sebelum mula terbakar.



Serum ini juga akan memberi perlindungan sehingga 97% dari sinar UVB matahari. Ianya akan menghalang UVB yang menyebabkan kerosakan pada lapisan Epidermis. 


Kolegen Dalam Serum

Secara pengetahuan, badan kita menghasilkan kolegen secara semulajadi tetapi production dia semakin menurun saban tahun terutama selepas umur 30 tahun ke atas..(alamak!  Syida pun dah 31 tahun). 

Ini sebenarnya adalah normal (takkan tak tua2 kan).. tapi dengan bantuan serum ni sebenarnya akan membantu badan untuk membina kolagen secara semulajadi dan awet muda.

Kolegen akan mengisi ruangan pada garis halus dan kedutan. Menampakkan kulit anda muda dan anjal.
Ianya juga membantu lapisan epidermis kulit untuk mengekalkan kelembapan (moisture adalah asas kecantikan kulit )

Molekul kolegen yang besar tidak dapat diserap ( tapi dah ada fungsi sebagai filler) namun akan menjadi stimulator (peransang) pembuatan kolagen oleh permukaan kulit.

Sebenarnya serum collagen ni memang dah lama digunakan oleh high-end skincare products. Tapi harga dia pun high-end la jugak kan.. Tapi di Mary Jardin harga adalah mampu milik dengan kualiti terjamin serta keistimewaan lain yang Syida huraikan seperti diatas.

Untuk lebih maklumat tentang bahan lain dalam serum boleh rujuk di bahagian produk pada menu bar atau klik DISINI.

2 comments:

  1. Hi, admin^^ nak tanyalah.. pakai serum ni kann.. kene guna lepas pakai face oil ke sebelum pakai face oil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Nur Suha. serum dahulu kemudian face oil. Serum ni water base jadi ianya cepat meresap ke kulit. jadi perlu cepat ratakan pada wajah. hanya sekali tekan sudah memadai untuk ratakan seluruh wajah.(^_^)

      Delete

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Komen.. :)