Wednesday 2 November 2016

SALAM PERKENALAN


Assalamualaikum, Saya mendoakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat.
 

Blog ini akan berkongsi bersama anda khususnya kaum wanita berkenaan produk kecantikan berasaskan bahan natural dan organik serta peluang menjana pendapatan.

Wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Sebab itulah juga wanita sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk mendapatkan kulit wajah yang sempurna. Yang membimbangkan, ada dikalangan pengguna tidak menitik beratkan soal kandungan sesuatu produk itu sama ada ianya selamat digunakan atau tidak. Lebih malang lagi jika produk yang digunakan itu tiruan kerana bakal menyulitkan pengguna yang teraniaya mendapatkan pembelaan.

Sebenarnya, produk-produk yang berasaskan natural dan organik telah lama berkembang pesat di pasaran negara maju seperti US dan UK. Mereka lebih cenderung memilih produk kecantikan berasaskan natural dan organik kerana menyedari kebaikan produk berkenaan tanpa risiko kesihatan.

Di Malaysia penggunaannya masih belum meluas dan kebanyakkan produk natural luar negara yang berada di pasaran adalah sangat mahal dan ini juga mendorong ramai pengguna untuk memilih produk yang diformulasi dengan bahan kimia bagi mendapatkan kesan yang cepat dan murah.

Kami di Mary Jardin berusaha memberikan kesedaran tentang pentingnya kepada pengguna untuk beralih kepada produk kecantikan berasaskan natural dan organik. Dengan kualiti premium dan suci, bersih bebas dari bahan-bahan kimia yang merbahaya. Produk kami dipastikan mutu berasaskan bahan premium 100% setanding kualiti produk natural luar negara.

Mary Jardin adalah jenama skincare yang pertama seumpanya di Malaysia ini diasaskan oleh seorang doktor perubatan yang berpengalaman dalam bidang dermatologi. Dengan harga mampu milik dan diharapkan menjadikannya fenomena terbaru dan mendapat tempat dihati rakyat Malaysia.


Bersambung..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Komen.. :)